Search

Wednesday, April 7, 2010

Koleksi 8 : 2008 Mexican Libertad 1 oz Silver Coin






Item

Properties

Weight

Dimension

Thickness

Date

2008 Mexican Libertad Silver Coin

99.9% fine Silver

31.11

40.0mm dia

4.0mm

09 Feb 2010


Pengeluar : Casa de Moneda de Mexico

Casa de Moneda de Mexico, adalah pengeluar syiling perak yg tertua di Amerika Utara iaitu sejak tahun 1536 lg. Datuk kepada datuk kepada datuk kepada bapak kepada datuk kita semua pn belum wujud lg..hatta dlm bentuk sperma sekalipon. Syiling jenis Mexican Libertad ini pulak dikeluarkan sejak tahun 1991.
Silver Coin Mexican Libertad yang kawe ada dikeluarkan pada tahun 2008. Design seperti di atas ini adalah design sejak tahun 1996. Untuk coin 1991 sehingga 1995 pakai design lain, yang aku masih belom miliki.
Mexican Libertad ni mempunyai cerita di sebalik corak di bahagian reversenya. Ianya memaparkan angel dan berlatarbelakangkan dua gunung yang dipanggil Lover's Peak. Ceritanya bermula pada zaman pre-Columbian Mexican. Kisah cinta antara seorang pahlawan bernama Popocatepeti dengan puteri kepada ketua puak yang bernama Iztaccihautl. Ketua puak memberi syarat pahlawan itu perlulah menewaskan musuh puak tersebut sebelum dapat mengahwini puteri tersebut. Namun ketika peperangan berlangsung tersebarlah fitnah melalui media massa bahawa Popocatepeti telah terkorban & ini menyebabkan puteri tersebut tersangatlah sedih sehingga beliau turut mati. (mende la betui ke x ni??).
Kemudia bila pahlawan tersebut kembali membawa kemenangan, beliau terkejut dgn kematian aweknya lalu mengambil mayat arwah aweknya lalu diletakkan di puncak sebuah gunung, manakala beliau pula tinggal di gunung bersebelahan utk memerhatikan mayat arwah. Maka dua buah gunung tersebut dipanggil Lover's Peak yang kemudiannya diabadikan dalam syiling perak Mexican Libertad. Demikianlah adanya.

No comments:

Post a Comment